Thursday, May 14, 2009

Galeri KGF2












Berikut merupakan gambar-gambar kambing di KGF. Gambar bawah...masa beli hari tu umur dia dalam 5 hingga 6 bulan..rasa macam menyesal gak...tapi bila tengok sekarang fuh...tinggi dia dah nak sampai kat pinggang...umur sekarang dah 1 tahun 1 bulan dan yang kat atas dia tu...abang dia tapi dari bapak lain..aku beli asing harga 1k masa beli ...banyak2 anak yang lahir pun dari baka dia...tapi dia manja ngan aku...



Wednesday, May 6, 2009

HUBUNGI KAMI




Sekiranya ada pertanyaan boleh hubungi :

PERCUTIAN KELUARGA











3 BULAN YANG LEPAS KAMI TELAH KE KANDANG DI FELDA KERATONG 2 UNTUK BERCUTI SAMBIL MENINJAU PROJEK YANG TELAH DIMULAKAN PADA BULAN APRIL 2008. SYUKUR SEHINGGA SEKARANG PROJEK TERSEBUT TELAH MEMBUAHKAN HASIL YANG BELUM DITUAI LAGI. SEMOGA DALAM MASA TERDEKAT INI IANYA DAPAT MEMBERI PULANGAN KEPADA PARTNER2 YANG TERLIBAT. BERDOALAH KITA.

Tuesday, May 5, 2009

KAMBING UNTUK DIJUAL















Untuk pengetahuan semua, KGF mempunyai lebih kurang 10 ekor kambing jantan untuk dijual berat anggaran dari 30 kg hingga 50 kg. Ada yang boleh dibuat baka dan ada juga untuk aqiqah (rujuk gambar). Jika ada yang berminat boleh hubungi En. Borhan di talian 012-7526019. (Kandang di Felda Keratong 2)

LAWATAN TERKINI
















Pada 2 Mei 2009 yang lalu, saya telah ke kandang untuk melihat perkembangan projek yang sedang dilaksanakan. Syukur kepada Allah kerana telah memberi rezeki yang melimpah ruah kerana pada minggu itu sebanyak 17 ekor anak kambing baru telah dilahirkan (rujuk gambar). Semua anak yang dilahirkan adalah dari pejantan seperti gambar dibawah.















Buat masa sekarang kami hanya memberikan palet sebagai makanan tambahan dan selebihnya kambing-kambing kami dilepaskan untuk meragut. Lokasi kandang yang terletak didalam ladang kelapa sawit memberi kelebihan kepada kami dalam mengurangkan kos pemakanan dimana kambing-kambing dilepaskan bebas untuk meragut rumput. Walaupun kambing-kambing ini diternak secara semi-intensif faktor kesihatan diambil berat dengan memberikan ubat secara berkala dan lawatan daripada pihak Jabatan Haiwan Cawangan Muazam Shah.

GALERI KGF

















Berikut merupakan gambar-gambar pengenalan terhadap projek penternakan kambing yang telah dilaksanakan oleh Keratong Goat Farm (belum didaftarkan lagi cuma cadangan nama sahaja). Pada permulaannya kami membeli 43 ekor kambing, 27 ekor daripadanya adalah daripada Jenis Jamnapari manakala selebihnya cross kampung boer. 1 ekor induk jantan Jamnapari dan satu ekor induk jantan Boer telah dijadikan pejantan bagi menghasilkan kacukan Jamnapari-Boer (seperti gambar yang dilampirkan).



KEMUDAHAN

Syarikat bermula daripada asas dimana pembinaan kandang adalah seluas 1,800 kaki persegi. Buat masa ini haiwan ternakan mendapat sumber makanan daripada palet dan juga rumput yang terdapat disekitar kandang. Ini kerana syarikat mengamalkan penternakan secara semi intensif.

Disamping itu kandang juga berdekatan sumber air telaga yang mana ia digunakan sebagai air minuman kepada kambing-kambing yang diternak. Manakala bekalan elektrik diperolehi daripada generator elektrik yang dibeli oleh syarikat.

LOKASI KANDANG

Lokasi kandang terletak ini Felda Keratong 2 dan ianya dihubungi oleh jalan ladang ke Jalan Utama Bahau-Kuantan. Kandang juga boleh dihubungi melalui Jalan Segamat-Kuantan.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Matlamat

Menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing dalam penternakan dan pembekalan kambing secara komersial di Malaysia amnya dan Negeri Pahang khususnya


Objektif

i. Menternak kambing dari baka yang baik dan disyorkan oleh Jabatan Haiwan;

ii. Menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang sempurna bersesuaian dengan skala

penternakan;

iii. Mengamalkan aspek pengurusan dan penjagaan kesihatan yang baik;

iv. Menjalankan kajian-kajian bagi menambahbaik sistem penternakan sediada;

v. Menyediakan tenaga kerja yang komited serta memberi latihan yang secukupnya berkaitan aspek

penternakan kambing; dan

vi. Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi-agensi yang berkaitan terutamanya Jabatan Haiwan

Negeri tentang tatacara penternakan yang betul.

LATAR BELAKANG



Penubuhan syarikat ini adalah salah satu usaha bagi menyahut dasar kerajaan amnya dan dasar pertanian Negara khususnya iaitu untuk mengembleng sumber-sumber Negara secara cekap dan berkesan untuk membantu pertumbuhan ekonomi Negara melalui sumber pertanian dan penternakan.

Disamping itu juga, penubuhan syarikat ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan sumber pendapatan pemegang syer melalui penjualan hasil ternakan dan komponen-komponennya.

Syarikat yang ditubuhkan ini juga berhasrat untuk menambahbaik sistem penternakan semasa melalui penemuan-penemuan baru semasa sesi penternakan sediada.